Sunday, January 17, 2010

Celoteh si Sifu

Berikut ini adalah celoteh sifu internet marketer yang menggariskan panduan dan haluan yang harus di ikuti oleh sang kembara yang mahu terjun dalam dunia internet marketing.

---------------------------------------------------------------------------------------

Salam sejahtera Ismail Ibrahim,


Saya sering diajukan dengan berbagai pertanyaan mengenai cara mendapatkan downline didalam apa jua perniagaan networking dan pembuka kata kesemuanya adalah keluh kesah daripada mereka

Contohnya:

1. Saya dah masuk perniagaan uptrend tapi dah dekat setahun tak dapat taja orang pun.

2. Saya masuk GDI dah masuk 3 bulan, tapi sorang pun belum ada downline?

3. Saya join vemma pasal tertarik dengan promosi dia tiap2 hari kata saya dah ada downline, bila saya join tak dapat hasil pun, satu kaki je gerak, ni dah masuk 6 bulan ni, penat saje bayar tiga ratus lebih setiap bulan. Produk pun bukan guna sangat buat saya.

4. Saya dah tak larat nak buat bisnes offline dah, macam2 cara dah buat tapi tak dapat hasil apa pun, duit saja habis.

5. Saya ada join IRC, buat punya buat, duit asyik habis belanja mereka makan, tapi dia orang tak mau join pun, makan saje...

dan macam2 lagi keluh kesah yang diajukan kepada saya.

Jadi saya tanya mereka macamana mereka buat promosi, macam2 jawapan yang saya dengar. Tetapi saya boleh katakan 100% mengajak orang lain masuk bisnes kerana nak buat duit, nak dapat duit, nak cari untung lumayan dan macam2 lagi yang sewaktu dengannya.....

Cuba saya berikan contoh untuk mudah difahami.

Jika ada seorang bapa yang sentiasa memesan kepada anaknya, bila besar nanti, kalau dah kerja jangan lupa bagi abah duit tau! Kebiasaannya bila anak tu dah besar dia tak mampu nak berikan duit kepada bapanya setiap bulan.

Tetapi jika ada pula bapa yang tidak memesan pun dengan pesanan sedemikian tetapi fokus mendidik anak dengan baik, pelajaran agama dan contoh yang baik, bapa lah sahabat, bapalah rakan dan bapalah ayah contoh kepada anak tersebut, InsyaAllah nanti besar anak tersebut akan beri bapanya duit setiap bulan. Ini yang sering terjadi dalam masyarakat kita.

Kerana apa bila bapa fokus kepada perkara yang salah, anak akan terbentuk menjadi anak yang salah.

Begitu juga didalam perniagaan;

Barangan yang baik adalah tulang belakang perniagaan tersebut, tetapi "nyawa" nya adalah "Startegy Marketing Yang Betul"

Mengajak orang menyertai sesuatu perniagaan kita supaya mereka mendapat untung yang besar, boleh jadi kaya, dapat duit banyak adalah CARA MARKETING YANG PALING BURUK DAN SALAH. Orang tak akan masuk perniagaan anda, kalau masuk pun sekejap sahaja, lama kelamaan ia akan mati. Sebab itu ramai orang keluar masuk perniagaan MLM. Ada yang join MLM tu senarainya sepanjang highway utara selatan. Kumpulkan starter kit tu kalau bentang cadar dah jadi katil, mereka ni bertukar bisnes sepanjang hanyat sehingga ke akhir hayat... satu pun tak akan menjadi, tetapi sentiasa berharap lepas ni akan jadi, cuma bisnes je baru, dulu uptrend sekarang GDi, dulu buluh betong, eh salah buluh emas sekarang vemma, dulu sharkey (makanan tambahan untuk melansingkan badan) sekarang jusmate5 (makanan tambahan menguruskan badan), tetapi hasilnya duit kita yang kurus......lepas retire


Ramai yang sering melakukan kesilapan menjalankan dan mempromosikan apa jua perniagaan online. Mereka lebih mementingkan pendapatan dari perniagaan itu daripada produk itu sendiri. Disini saya ambil GDI (Global Domain International) yang menyewakan tapak website di internet. Ramai yang membina website dengan mengajak orang memasuki GDI kerana jika memasuki GDI ceritanya kita boleh kaya dengan cepat. Maka keluarlah berbagai-bagai ayat promosi seperi GDI The Best Business In The World. Jana pendapatan lumayan dengan GDI. GDI bisnes terhebat abad ini dan bermacam-macam lagi. Kesudahnya selepas tiga empat bulan baru ada satu atau dua orang yang menyertai perniagaan GDI mereka. Itu pun tak bergerak. Kesudahnya anda pun give up. Cancel akaun.

Disini biar saya terangkan sekali lagi dan lagi, GDI BUKANLAH SATU PERNIAGAAN tetapi GDI SATU PILIHAN manakala MEMILIKI WEBHOSTING SATU KEMESTIAN bagi INTERNET MARKETER.

Pengalaman saya melihat 1001 cara orang lain mengembangkan network mereka, jika mereka mengajak orang ke dalam GDI dengan janji manis seperti 'sertai peniagaan terhebat masa kini', "perniagaan yang mudah, murah dan menguntungkan', "Jana pendapatan yang lumayan dengan GDI" ... kesemua mereka itu akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan downline, itu adalah FACT atau DATA yang tidak dapat disangkal lagi.

Adakah kita kaji mengapa ianya terjadi?

Kerana kita mempromosikan sesuatu yang dah basi dan dilakukan oleh berjuta-juta orang setiap hari. Didalam fikiran mereka itu semua janji kosong yang tidak pernah dicapai oleh sesiapa.

Jika kita mengajak mereka kepada perniagaan GDI, mereka akan jawab mengapa saya perlu masuk perniagaan GDI, saya sekarang tengah buat perniagaan Uptrend, saya tengah buat perniagaan vemma, saya tengah buat perniagaan monave, jusmate5, etc etc... maka propect anda akan lari, dan market anda akan menjadi semakin sempit. Jika kita mengajak 10 orang ke perniagaan GDI dengan mengatakan inilah perniagaan terhebat masa kini, mereka akan kata perniagaan mereka lebih hebat lagi.......

Sebab itu kesilapan besar yang sering dilakukan oleh kebanyakkan promoter GDI adalah "Mengajak orang menyertai perniagaan GDI dengan janji hebat dan manis".... Anda tidak akan dapat atau sukar mendapatkan downline dengan cara ini.....that is the FACT.

Tetapi jika anda tanya kepada 10 orang tersebut, siapakah diantara mereka ingin bantuan dari saya untuk mengembangkan perniagaan mereka secara PERCUMA......saya rasa daripada 10 orang 11 yang nak ikut anda...

bantu mereka dengan iklas, bantu mereka kembangkan secara online perniagaan online mereka, beritahu mereka salah satu cara untuk mengembangkan perniagaan mereka adalah dengan memiliki website sendiri, tak payah suruh orang lain buat, buat sendiri, barulah kita boleh salurkan idea kita sendiri dengan cepat, ini dunia IT, siapa cepat dia dapat. Saya pasti mereka berminat dengan cara ini, siapa tak mahu buat bisnes uptrend secara online lagi, dah penat dah buat cara offline, habis duit kat jalan sahaja, habis duit kat meeting saje, habis duit belanja prospeck saje ........selepas itu baru beritahu jika nak buat website sendiri, perlu ada hosting, hosting kena bayar dan kita boleh dapat hosting tu kat mana2 pun ada, malaysia pun banyak, free pun ada macam di weebly, tapi kalau nak pakai nasihat saya, saya galakkan gunakan webshosting di GDI, kerana mudah, boleh bayar setiap bulan, pakai debit/kredit kad sahaja, mungkin sewanya mahal sikit berbanding dengan tempat lain tapi server dia bagus, boleh kata tak pernah down sepanjang tahun, jadi pelawat boleh memasuki website kita bila2 masa, tak risau server down, tak risau pelawat lari. Lagi satu kita akan dapat email dengan nama domain kita sebanyak 10 emails, jadi nampak profesional sikit bisnes kita. dan yg terakhir mereka juga ada buat affiliate, kalau kita rajin ajak kawan2 sewa domain ditempat mereka, ada kemungkinan kita dapat komisyen, jadi setidak2nya dapat juga tolak sikit duit sewa bulanan kita, silap2 kita boleh jadi free sahaja pakai domain dan webhosting mereka.

Jika kita nak buat promosi uptrend dengan baik, kita perlu ada autoresponder, hantu raya yang menghantar flier kempen setiap hari kedalam email prospek kita, jadi tak penat kita nak buat promosi, kalau minat saya boleh bantu semua tu, free sahaja, cuma autoresponder tu kena bayar gaji sikit la setiap bulan, tuan/puan boleh gunakan mana perkhidmatan autoresponder company didunia ni, macam aweber, getsrespond dan banyak lagi. tapi jika tanya cadangan saya gunakan Trafficwave kerana bla bla bla bla......................

Gunakan cara ini InsyaAllah kita boleh berjaya.

Terangkan kelebihan produk anda, sebab orang nak beli kelebihan, bukan produk.
Jangan ajak orang masuk perniagaan anda sebab ramai orang dah ada perniagaan sendiri, ajak orang pada kelebihan produk anda, hasilnya pasti akan berlainan.

Contohnya GDI, produknya adalah webhosting, kelebihannya adalah memasarkan perniagaan anda melalui website di internet. Soalannya: Sudahkah anda tahu buat website????

Contohnya Trafficwave, produknya perkhidmatan menghantar flier kempen didalam email prospect secara berjadual. Soalannya: Dah berapa flier kempen yang anda sendiri buat???


Terima Kasih
__________________

No comments:

Post a Comment